24 September 2008

Soal jawab zakat

Seorang isteri yang bekerja tetapi suami tidak ada pekerjaan.. bolehkah si isteri membayar zakat fitrah untuk diri, suami dan anak2?


Jawab: sunat isteri membayar zakat, bahkan boleh isteri membayar zakat kepada suami kerana suami termasuk dalam kategori miskin (rujukan: kitab mufassol, bab asnaf)


Bolehkah membayar zakat kepada bapa, mak, datuk, nenek dan keatas, atau anak, cucu, cicit dan kebawah kita yang miskin?


Jawab: tidak boleh, kerana mereka adalah orang yang wajib kita berikan nafkah. (rujukan: kitab mufassol, fiqh manhaji)


Bolehkah amil zakat adalah seorang perempuan?


Jawab: Boleh sekiranya kelompok yang membayar zakat adalah wanita (rujukan: fatawa Yusuf Qaradawi)

23 September 2008

Akhir Ramadhan


Akhir Ramadhan seakan cepat sangat nak meninggalkan kita.. biasalah, yang indah dan menarik tu terasa cepat sangat berlalu.. Ramadhan dah tak berapa hari lagi... pejam mata, buka mata...tahu2 dah tinggal seminggu lagi.


Mari kita muhasabah diri...


sepanjang Ramadhan ini, solat wajib sempurna?

berapa kali terbabas Subuh?

Berapa kali solat 5 waktu berjemaah di masjid?

Qiam berapa malam?

Berapa kali solat tawarikh?

Baca Al-Quran dah sampai muka surat berapa?

Berapa hari berbuka dengan mak ayah?

Ada bagi sedekah?

Berapa banyak makanan yang masuk dalam tong sampah?

Berapa kali ziarah keluarga & kenalan?


dan banyak lagi untuk dimuhasabahkan...


Semoga baki Ramadhan yang da sikit ni dipergunakan sebaik mungkin...


17 September 2008

Menyambut Malam Lailatul Qadr


Malam itu adalah malam yang ditunggu - tunggu. Semua orang menyebut tentang malam itu... orang tua sebut, orang muda sebut, akhbar sebut, TV sebut, pemimpin sebut, ahli politik sebut, orang bisu pun sebut... tapi dengan cara merekalah..

Sudah sebulan mereka bersiap dengan pelbagai persiapan bagi menyambut kemunculan malam yang hanya datang setahun sekali... macam - macam di rancang, macam - macam juga disusun atur.

Seluruh negara diwar -warkan dan diseru supaya tak ada yang tak tahu, tak ada yang tak ambil peduli.. pendek kata yang tak tahu itu mungkin yang tinggal dalam gua Niah sahaja agaknya..

Memang mereka merancang yang best - best tentang ketibaan malam tersebut... yang muda - mudi dah siap sms kawan2 ajak meraikan ramai - ramai malam tersebut. Yang berkeluarga pastikan ahli keluarga dapat bersama...ada meeting, tunda tarikh lain... yang tua mahu juga ikut serta, walaupun lutut bergetar ketika berjalan, tongkat pula lebih kuat getarannya daripada lutut... pun nak juga memeriahkan malam tersebut...

Pendek kata..semua menanti malam tu dengan penuh kesungguhan dan penantian...

Malam tu pun tiba... seluruh yang menanti, tersangatlah meraikan detik ketibaannya... seronok sangat... gelagat mereka jelas nampak keterujaan itu... kerana penantian mereka telah tiba.

Begitu sekali penantian, sambutan, keterujaan, kesungguhan mereka 'mengihya'kan' malam tersebut...bersungguh -sungguh bebenor....

Malangnya...sambutan mereka terhadap malam tersebut adalah sambutan malam "detik kemerdekaan negara"...dan bukannya Malam Lailatul Qadr!

Tarbiyah Anjing


Semalam saya memandu kereta dari Sepang ke Nilai. Dalam perjalanan tu, dari jauh saya lihat seekor anjing cuba melintas jalan... nampak kelam kabut juga dia nak melintas.. dilihatnya kiri kanan secara sambil lalu.. kemudian dia meluru ke hadapan dalam keadaan teragak - agak dan laju sekali...

semasa anjing tu melintas, lalu kereta yang berada di depan saya dengan laju menyebabkan anjing tu patah balik... sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan, pun dipandu dengan laju dan tak dapat mengelak... saya lihat tayar motosikal tersebut naik atas badan anjing tu... tayar depan...

Anjing tersebut sempat melompat... tak kena tayar belakang...

Mungkin kerana terlalu sakit, walaupun saya tak nampak sebarang kesan luka.. anjing tu lari dengan sepenuh hati seiring dengan kereta saya tanpa mengeluarkan sebarang bunyi salakan...

Yang peliknya... semasa anjing tu lari menuju ke sebuah rumah di tepi jalan , anjing - anjing lain yang berada dihalaman rumah tersebut menyalak beramai - ramai.. kuat sangat... seolah - olah mereka memanggil atau mungkin meratapi kemalangan yang menimpa rakan mereka... atau mungkin juga anjing-anjing tu kata:

"mari cepat..mari cepat...!"

Apabila sampai saja anjing tu ke kelompok anjing - anjing tersebut... mereka ramai - ramai mengelilinginya...

Alangkah...

Ketika itu saya terfikir..sedangkan anjing mengasihi rakannya... sedangkan anjing mengambil berat terhadap musibah yang menimpa binatang sama spesisnya.. sedangkan anjing ada naluri kesakitan dan keperitan...

Kenapa manusia yang dikatakan lebih mulia daripada anjing... melihat sambil lalu sahaja jika seorang manusia lain terbaring kemalangan?

Kenapa manusia yang dikatakan lebih bertamadun daripada anjing... bermusuhan sesama ahli keluarga?

Kenapa manusia yang dikatakan lebih tinggi akhlaknya daripada anjing... tetapi lebih buruk akhlaknya daripada anjing..

Pada anjing tersebut, ambillah pentarbiyahan....
(Rasa sedih mengenangkan anak - anak yang ayahnya ditahan ISA... bila agaknya dapat mencium tangan ayah.. raya dah dekat)

16 September 2008


Apabila ditanya kepada kebanyakan masyarakat umum mengenai perkara yang menarik perhatian pada bulan ramadhan... tentu ramai yang akan menjawab..

"pasar ramadan yang macam- macam ada..."

start saja bulan ramadan maka muncullah tapak2 jualan pelbagai juadah makanan untuk berbuka nanti... pelbagai kuih muih yang tak pernah dilihat pada bulan yg lain, mesti ada pada bulan ramadhan... pendek kata memang meriah lah bulan puasa dengan makanan...makanan..makanan

bagi yang memang kaki menjual, bulan ramadan nilah masanya untuk mereka mempersembahkan pelbagai skil dalam menjual... yang pandai uli tepung, buat cakoi.. yang pandai bakar, bakar ikan kembung .. yang pandai goreng, goreng cucuq udang ,...

manakala yang cuba2 nak berniaga, nak tambah pendapatan buat beli baju raya,... pun turut sama memeriahkan pasar ramadan..walaupun mereka tu nampak segan dan malu2... berdiri tegak diam macam patung kat tugu negara tu pun nak juga berniaga...

Jualan pasar ramadan ni biasanya start lebih kurang pukul 3-3.30 petang.. mula pasang payung, susun meja.. yang jual satey mula bakar arang, yang jual air tebu mula mesin tebu, yang jual cucuq udang mula panas kuali, yang jual air kelapa mula kupas kelapa.. kemudian mula menjual...sampailah masuknya waktu berbuka...

Lepas dah abis jual, mulalah kemaskan barang2 jualan... buka payung, leraikan meja, bersih tapak jualan, masukkan barang2 dalam kereta... balik ke rumah.

Seronok sangatlah mereka ni berniaga... ada yang untng...ada yang rugi...ada yang tak habis..ada yang tak cukup.. biasalah, asam garam jualan,...

Yang untung berniaga, kira duit keuntungan dan simpan...yang rugi, fikir cara nak elakkan lagi kerugian dan cari jalan supaya dapat untung...

Tapi dalam keghairahan mereka tu..tak ramai yang sedar... mereka sebenarnya rugi walaupun untung berniaga... rugi sebab tak solat asar... dan selalunya tak sempat solat maghrib...

Jadi, nasihat saya... berniaga, berniaga juga...solat jangan lupa ya..baru berkat.

Sebagai cadangan pula, kepada pihak berkenaan... alangkah baiknya dan banyaknya pahala sekiranya disediakan tempat solat bagi setiap pasar ramadan... kesian kepada peniaga... bukan senang nak tinggalkan gerai untuk pi ke surau yang kekadang jauh sangat dari tapak pasar ramadan... lebih2 lagi yang berniaga sorang diri...

10 September 2008


اِصْبِرْ عَلَى مَضَضِ الَحَسُوْدِ فَإِنَّ صَبْرَكَ قَاتِلُهُ


Bersabarlah dengan karena pendengki kerana kesabaran kamu itu adalah pembunuhnya..



Bersabar adalah satu sifat terpuji.

Sabar merupakan sifat yang dimiliki oleh para rasul ulul 'azmi

Sabar membentuk peribadi yang mulia

Sabar menghalang daripada perasaan marah

Sabar menghalang daripada hasutan syaitan

Sabar membahagiakan hidup

Sabar mengeratkan silaturrahim

Sabar menjauhkan pelbagai penyakit

Sabar adalah perawat jiwa

Sabar merehatkan minda

Sabar menguatkan rohani dan jasmani

Sabar menjauhkan dari dosa

Sabar meningkatkan ilmu dan kedudukan

Sabar menambah pahala

Sabar meningkatkan martabat diri disisi Allah dan makhluk

Sabar itu tenang

Sabar adalah senjata

Sabar sumber kejayaan

Sabar menyelesaikan masalah

Sabar menyelamatkan nyawa

Sabar mewujudkan kesenian dan kehalusan

Sabar memanjangkan usia

Sabar menambahkan kekayaan

Sabar itu anugerah

Sabar menghasilkan cinta

Sabar itu pengorbanan

Sabar itu akhlak

Sabar adalah pendirian

Sabar mewujudkan ketaatan

Sabar itu mahal



Bersabarlah


atau


Belajarlah Bersabar

05 September 2008

نصائح رمضانية
احرص على أن يكون هذا الشهر المبارك نقطة محاسبة وتقوم لأعمالك ومراجعة وتصحيح لحياتك
احرص على المحافظة على صلاة التراويح جماعة فقد قال صلى الله عليه وسلم من صلى مع الإمام حتى ينصرف كتب له قيام ليلة
احذر من الإسراف في المال وغيره فالإسراف محرم ويقلل من حظك في الصدقات التي تؤجر عليها
اعقد العزم على الاستمرار بعد رمضان على ما اعتدت عليه فيه
اعتبر بمضي الزمان وتتابع الأحوال على انقضاء العمر
إن هذا الشهر هو شهر عبادة وعمل وليس نوم وكسل
عود لسانك على دوام الذكر ولا تكن من الذين لا يذكرون الله إلا قليلا
عند شعورك بالجوع تذكر أنك ضعيف ولا تستغني عن الطعام وغيره من نعم الله
انتهز فرصة هذا الشهر للامتناع الدائم عن تعاطي مالا ينفعك بل يضرك
اعلم أن العمل أمانة فحاسب نفسك هل أداءه كما ينبغي