Semalam saya memandu kereta dari Sepang ke Nilai. Dalam perjalanan tu, dari jauh saya lihat seekor anjing cuba melintas jalan... nampak kelam kabut juga dia nak melintas.. dilihatnya kiri kanan secara sambil lalu.. kemudian dia meluru ke hadapan dalam keadaan teragak - agak dan laju sekali...
semasa anjing tu melintas, lalu kereta yang berada di depan saya dengan laju menyebabkan anjing tu patah balik... sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan, pun dipandu dengan laju dan tak dapat mengelak... saya lihat tayar motosikal tersebut naik atas badan anjing tu... tayar depan...
Anjing tersebut sempat melompat... tak kena tayar belakang...
Mungkin kerana terlalu sakit, walaupun saya tak nampak sebarang kesan luka.. anjing tu lari dengan sepenuh hati seiring dengan kereta saya tanpa mengeluarkan sebarang bunyi salakan...
Yang peliknya... semasa anjing tu lari menuju ke sebuah rumah di tepi jalan , anjing - anjing lain yang berada dihalaman rumah tersebut menyalak beramai - ramai.. kuat sangat... seolah - olah mereka memanggil atau mungkin meratapi kemalangan yang menimpa rakan mereka... atau mungkin juga anjing-anjing tu kata:
"mari cepat..mari cepat...!"
Apabila sampai saja anjing tu ke kelompok anjing - anjing tersebut... mereka ramai - ramai mengelilinginya...
Alangkah...
Ketika itu saya terfikir..sedangkan anjing mengasihi rakannya... sedangkan anjing mengambil berat terhadap musibah yang menimpa binatang sama spesisnya.. sedangkan anjing ada naluri kesakitan dan keperitan...
Kenapa manusia yang dikatakan lebih mulia daripada anjing... melihat sambil lalu sahaja jika seorang manusia lain terbaring kemalangan?
Kenapa manusia yang dikatakan lebih bertamadun daripada anjing... bermusuhan sesama ahli keluarga?
Kenapa manusia yang dikatakan lebih tinggi akhlaknya daripada anjing... tetapi lebih buruk akhlaknya daripada anjing..
Pada anjing tersebut, ambillah pentarbiyahan....

(Rasa sedih mengenangkan anak - anak yang ayahnya ditahan ISA... bila agaknya dapat mencium tangan ayah.. raya dah dekat)
3 comments:
saya tertarik pada tarbiyah anjing nie..bila baca rasa kagum dan terharu..mmg luar biasa kisah mcm ni tapi tak la mustahil kan.saya pernah tengok haiwan yang berlainan jenis merawat haiwan lain.waktu tu benar2 merasakan kebesaran ALLAH..
Betul tu Husnil.. sebab itulah dikatakan Allah jadikan segala di muka bumi ni sebagai tanda - tanda kekuasaanNya... kalau tak kerana seekor burung menanam burung lain, tentu anak nabi Adam tak tahu bagaimana mengkebumikan saudara yang di bunuh itu.. dalam kisah Habil Qabil kan...
Manusia sering membandingkan perbuatan jahat dgn ayat
"Macam binatang"....
Sedangkan haiwan siapa tahu membandingkan perbuatan jahat dgn ayat "Macam manusia..."
Post a Comment