Nabi S.A.W pernah bersabda yang antara intipati sabdaan itu ialah di dalam badan manusia terdapat anggota terpenting, yang apabila baik benda itu, baiklah manusia sebagai kemanusiaannya, apabila rosak benda itu rosaklah ciri2 kefitrahan manusia tersebut.
Benda itulah yang membentuk tingkahlaku luaran, gerakgeri, tuturkata, riak muka, intonasi sebutan, persepsi, emosi, penampilan, gaya fikir, watak, sikap, pendirian dan sebagainya yang berkaitan manusia dan kemanusiaan.
Apakah benda itu? Ianya adalah hati.
Dengan melihat kepada kepentingan hati yang merupakan sebahagian sistem utama manusia yang membentuk lakaran manusia itu, semestinyalah hati dipelihara dan dijaga dengan sempurna. Jika keras, hati perlu dilembutkan. Jika hitam, hati perlu dimurnikan. Jika sakit, hati perlu dirawat dengan sebaik rawatan.
Kerana kepentingannya, ramai ulama terkenal menulis kitab - kitab khusus mengenai hati dan rawatannya. Antaranya , kitab ihya ulum al-din, kitab Penawar bagi hati, kitab tanbih al-qhafilin dan sebagainya...
Hati seumpama seorang anak, perlu didik untuk mengadabkannya, perlu ditegur untuk membetulkannya, perlu ditunjukarah untuk menentukan pendiriannya, perlu dibelai untuk menjinakkannya, perlu dipelihara untuk mengekalkan kualitinya...
Hati perlukan ubat dan penawar. Hati perlukan penjagaan dan vitamin. Hati perlukan galakan dan rangsangan.
Penawar bagi hati adalah istiqfar dan taubat
Penjagaan dan vitamin bagi hati adalah tazkirah, ayat - ayat Allah, muhasabah dan zikir.
Galakan dan rangsangan adalah ilmu.
Berusahalah untuk menjadi seorang yang mempunyai akhlak hati dan belajar membaiki akhlak hati.
Akhlak hati ada musuhnya, jika tergugat, cacatlah akhlak hati dan rosaklah sebahagian fitrah kemanusiaan diri. Akhlak hati yang perlu diperbaiki:
Jika sentiasa curigakan niat dan keikhlasan orang lain
Jika berasa kesempurnaan diri
Jika kasar tuturkata
Jika mengutamakan perasaan sendiri
Jika tidak menghiraukan perasaan orang lain
Jika berasa selamat daripada azab Allah
Jika tidak terkesan dengan nasihat
Jika sentiasa gembira
Jika tiada belas kasihan
Jika lupa ibubapa
Jika kekal di dalam dendam
Jika sentiasa inginkan keduniaan
Jika tiada sifat redha dan meredhai
Doa penawar hati (doa ini suntingan daripada http://aliph.wordpress.com/)
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.” (HR. Ahmad 1/391. Menurut pendapat Al-Albani, hadits tersebut adalah sahih.)
No comments:
Post a Comment