23 January 2009

Fatwa Mengenai Palestin


Haram menjual atau menjadi agen penjualan tanah Palestin kepada Yahudi. (Ijma' Ulama Palestin 1935).

Menjual tanah kepada Yahudi seolah - olah menjual Masjid Aqsa dan tanah air umat Islam seluruhnya.(Sheikh muhammad Rashid Redha).

Palestin adalah milik umat Islam selama - lamanya, haram Muslim berdamai dengan Yahudi yang merampas bumi Palestin, haram Muslim iktiraf kewujudan negara Israel, iktiraf negara Israel bermakna mengkhianati Allah, RasulNya dan amanahNya, Fardhu ain berjihad membebaskan bumi Palestin.(Ijma' Ulama Al-Azhar-1947).

Wajib Muslim membalas tindakan Yahudi setimpal dengan penindasan yang dilakukan, Fardhu ain bagi Muslim berjihad bebaskan bumi Palestin, haram disisi syarak berdamai dengan Israel. ( Syekhul Azhar dan Mufti Mesir Al-Sheikh Hassan Makmun-1956)

Haram berdamai dengan rejim Israel dalam apa cara sekalipun, wajib bagi muslim bersatu mengembalikan bumi Palestin kepada rakyatnya. (Lujnah fatwa Al-Azhar-1956)

Haram berhubung damai dan diplomasi dengan Israel.(Ijmak Ulama Pertubuhan Persidangan Negara- Negara Islam OIC-1968).

Wajib ke atas Muslim berjihad bebaskan Palestin, haram serahkan mana - mana bahagian bumi Palestin kepada Yahudi, haram iktiraf kewujudan negara Israel, Palestin adalah bumi suci umat Islam.(Fatwa 63 ulama Muslim dunia).

Haram syarie ke atas rakyat Palestin ambil kerakyatan Israel (Majlis kehakiman Tertinggi Palestin - Mufti Quds dan Palestin, Sheikh Akrimah Sobri. 1996).

Haram melawat negara yang dijajah Yahudi (Sheikh Yusof Al-Qaradawi dan Fadhilatul Sheikh Saiyyid Askar -mudir Am Bahagian Dakwah dan Penerangan Agama Al-Azhar Al-Syarif).

Jihad mempertahankan masjid Al-Aqsa dan dan bumi palestin adalah mati syahid (Sheikh Al-Azhar, Sheikh Muhammad Thantawi,dan Dr. Yusof Qaradawi, mufti Quds dan mantan mufti Mesir, Sheikh Farid Nasr serta ulama-ulama terkemuka dunia).

Wajib bagi seluruh umat Islam memboikot barangan Israel (Sheikh Al-Azhar, Mufti Mesir, Mufti Arab Saudi, mufti Pakistan, Persatuan Ulama Pakistan, Dr.Yusof Qaradawi dan majoriti ulama seluruh dunia.

20 January 2009

Tahniah kerana Membantu Israel Membunuh


Ucapan tahniah ini ditujukan khas buat anda yang sedang menghisap rokok,minum coca cola & pepsi,baru sahaja keluar dari KFC, MC Donald, Starbuck, Tesco...

Ucapan tahniah ini juga buat anda yang tidak melihat kepada tanda pengeluar setiap produk yang anda guna seharian spt Johnson & Johnson, Kotex, Loreal...

Ucapan tahniah buat anda yang masih tidak tahu siapa Israel, di mana Palestin, siapa Hamas, kenapa Israel memasuki Gaza, di mana Gaza...

Sekalung tahniah juga buat anda yang belum menderma di dalam tabung bantuan palestin, belum mendoakan bantuan Allah untuk Palestin..

Dan tidak ketinggalan ucapan tahniah buat anda yang sedang leka dengan keseronokan sedangkan saudara anda di Palestin meratap dan bertungkus lumus mencari sanak saudara di bawah timbunan batu runtuhan bangunan...

06 January 2009

Sekuntum Bunga Ros



Puspa hati kencana jiwa
Gurindam merdu serunai bahgia
Mekar kuntum sejambak cinta
Penawar Lara di kala duka

03 January 2009

Darah disambut dengan pesta




Saudara kita sedang dibunuh oleh yahudi Palestin, tetapi kita di sini berseronok dengan pesta sambutan tahun baru 2009. Wang dihabiskan untuk penganjuran gilang gemilang. Penari dan penyanyi diupah untuk menghiburkan ribuan yang hadir. Ada yang hadir, memakai tudung di atasnya ada tanduk syaitan, ada yang melompat - lompat keriangan, ada yang berpelukan. Di atas pentas utama, pemerintah yang tersandar di kerusi empuk.. seronok sangat malam itu.

Wang mengalir mewah di sini. Di Palestin darah merah mengalir membasahi bumi anbiya.

Di sini, dentuman bunga api mewarnai alam malam. Di sana dentuman bedilan roket jet pejuang meranapkan rumah - rumah para syuhada.

Di sini remaja menjerit keriangan. Di sana si ibu menjerit ratapkan anak yang terkulai.

Di sini anak muda kehausan arak. Di sana, kehausan air untuk diminum.

Di sini anak orang Islam, artis, ditangkap berpesta liar. Di sana anak muda ditangkap rejim zionis.

Di sini anak muda terdampar kepenatan menari dan mabuk arak. Di sana anak muda terdampar layu ditembak askar yahudi.

Patutkah anda menyambut meriah tahun baru? Penting sangatkah? Lebih penting daripada darah warga Palestin?

Patutkah anak muda dididik untuk enjoy sentiasa. Di sekolah guru mengajar anak - anak tarian poco - poco, dalam TV di ajar menari dalam realiti TV. Yang kecil pun ada bintang kecil. Dirumah, ibu ajar anak berkaraoke, di sambutan - sambutan yang pelbagai itu, pemerintah ajar rakyatnya berpesta...

Berteraburnya sistem pentarbiyahan kita...

Jadi, jangan salahkan anak anda jika mereka ketawa semasa rakyat palestin menangis.