03 January 2009

Darah disambut dengan pesta




Saudara kita sedang dibunuh oleh yahudi Palestin, tetapi kita di sini berseronok dengan pesta sambutan tahun baru 2009. Wang dihabiskan untuk penganjuran gilang gemilang. Penari dan penyanyi diupah untuk menghiburkan ribuan yang hadir. Ada yang hadir, memakai tudung di atasnya ada tanduk syaitan, ada yang melompat - lompat keriangan, ada yang berpelukan. Di atas pentas utama, pemerintah yang tersandar di kerusi empuk.. seronok sangat malam itu.

Wang mengalir mewah di sini. Di Palestin darah merah mengalir membasahi bumi anbiya.

Di sini, dentuman bunga api mewarnai alam malam. Di sana dentuman bedilan roket jet pejuang meranapkan rumah - rumah para syuhada.

Di sini remaja menjerit keriangan. Di sana si ibu menjerit ratapkan anak yang terkulai.

Di sini anak muda kehausan arak. Di sana, kehausan air untuk diminum.

Di sini anak orang Islam, artis, ditangkap berpesta liar. Di sana anak muda ditangkap rejim zionis.

Di sini anak muda terdampar kepenatan menari dan mabuk arak. Di sana anak muda terdampar layu ditembak askar yahudi.

Patutkah anda menyambut meriah tahun baru? Penting sangatkah? Lebih penting daripada darah warga Palestin?

Patutkah anak muda dididik untuk enjoy sentiasa. Di sekolah guru mengajar anak - anak tarian poco - poco, dalam TV di ajar menari dalam realiti TV. Yang kecil pun ada bintang kecil. Dirumah, ibu ajar anak berkaraoke, di sambutan - sambutan yang pelbagai itu, pemerintah ajar rakyatnya berpesta...

Berteraburnya sistem pentarbiyahan kita...

Jadi, jangan salahkan anak anda jika mereka ketawa semasa rakyat palestin menangis.






No comments: