31 December 2008

Tuan Guru Haji Wan Muhammad Merbok, Kedah



Renunganmu,
Renungan matamu penuh ketenangan.
Tidak lekang bibirmu mengukir sejuta senyuman.
Bersama gerakan halus kumit ratipan.
Zikrullah di hatimu berterusan.

Dudukmu,
Dudukmu penuh bererti
Walaupun lemah jasmani
Namun dadamu penuh berisi

Disisimu,
Disisimu seorang isteri
Setia berdiri taat peribadi,
Wanita solehah teman sejati,
Puluhan tahun menjadi penyeri

Rumah itu,
Rumah itu tapak perjuangan
Kitab kuning menjadi bacaan
Ratusan murid menjadi ilmuan
Penerus sunnah Rasul junjungan

Hari ini,
Hari ini tuan guru uzur sangat,
Nafasnya sesak sebaik memberi wasiat,
Degupan jantung bertambah kuat,
Sakitnya semakin tenat,

Ziarahku,
Ziarahku bersama iringan doa,
Kulihat sakitnya semakin reda,
Namun beliau tiada lagi berkata – kata,
Membisu seribu bahasa,

Kulihat,
Kulihat tuan guru duduk di atas sejadah,
Sentiasa berzikir tunduk kebawah,
Tiada berbicara walau sepatah,
Tenang bersolat menghadap Allah,

Doaku,
Doaku mengharapkan sejahtera,
Agar dirimu beroleh bahagia,
Disyurga tempat mulia,
Bersama syuhada dan para anbiya.

1 comment:

Unknown said...

Ada maklumat lagi tak mengenai tuan guru?