03 March 2009

Sidang DUN Bawah Pokok


Gambar Sidang DUN di bawah pokok pertama kali di Malaysia
Sidang DUN adalah satu proses demokrasi yang sangat penting bagi pentadbiran sesebuah negeri. Dalam sidang DUN, usul yang dibawa oleh wakil suara rakyat dibahas dan diperbincangkan, lalu dijadikan satu ketetapan perlaksanaan. Jika tidak ada sidang DUN, pentadbiran negeri tidak dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Begitulah pentingnya sidang DUN.

Tetapi belum pernah terlintas di dalam minda kita, akan wujud satu fenomena sangat ganjil seumpama fenomena UFO akan berlaku di negara kita yang telah merdeka 50 tahun lebih sedikit ini. Fenomena yang jika dibaca oleh generasi akan datang, akan menjadi sesuatu yang sangat luar biasa ganjilnya, sangat tidak masuk akal dan sangat menghairankan. Masakan boleh berlaku begitu, sedangkan mesyuarat AJK kantin sekolah pun di buat di bilik mesyuarat yang berhawa dingin, inikan Sidang DUN. Dibuat dibawah pokok, dan tanpa kerusi pula.

Tetapi, sebenarnya sidang DUN dibuat dibawah pokok itu bukanlah sesuatu yang mustahil dan luar biasa. Yang tidak pernah dibuat orang dan tidak releven. Bahkan sidang yang lebih hebat daripada itu pun pernah di buat di bawah pokok.

Salah satu sidang yang dibuat di bawah pokok ialah sidang "Bai'atul Ridhwan" yang dibuat di bawah sepohon pokok di Hudaibiyah sebagai tanda ikat setia bagi menuntut bela atas khabar kematian Saidina Usman yang dihantar sebagai utusan Rasulullah S.A.W kepada Abu Sufian. Bai'ah itu merupakan satu sidang penting yang menentukan pendirian Rasulullah S.A.W sebagai pemimpin sebuah kerajaan Islam terhadap musuhnya kaum Quraisy. Peristiwa penting itu dibuat di bawah pokok. Lalu Bai'atul Ridhwan juga dikenali sebagai Bai'atul Syajarah (Janjisetia dibawah Pokok).

Jadi, kata - kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman yang mengatakan tindakan Speaker V Sivakumar itu adalah tidak bertamadun adalah tidak benar. Perkara itu pernah berlaku dalam sejarah.

No comments: