26 June 2009

Teman Yang Sejati

Sukar mencari
Susah di dapati
Payah ditemui

Kalau dah jumpa...
Jangan biaq...
Jaga elok - elok

1 comment:

Anonymous said...

Apabila berbicara tentang teman sejati, teringat saya pada kenangan lama yang tidak akan pernah saya lupakan malah ia menjadi satu kenangan yang paling manis dalam hidup ini.Memang benar apa yang dikata orang, teman sejati sangat sukar untuk kita dapat.Pernah dahulu, aku mempunyai seorang teman sejati namun kini dia sudah tiada.Ketiadaannya membuatkan aku terasa seperti satu kehilangan yang amat besar sehingga ia memakan diri sendiri, aku juga terasa apa yang aku impikan selama ini hancur begitu sahaja,terasa apa yang aku korbankan selama ini hanya sia-sia sahaja.Sehingga sekarang aku masih belum bertemu sipakah penggantinya.

DI MANA KAN KU CARI GANTI
SERUPA DENGAN MU
TAK SANGGUP KU BERPISAH
DAN BERHATI PATAH,HIDUP GELISAH

Namun begitu,ada sesuatu hikmah yang Allah ingin tunjukkan iaitu hargailah dan jagai lah teman sejati mu dengan sebaiknya.Susah dan senang hadapilah bersama dengan tenang.Terimalah segala kekurangannya, mungkin itu yang terbaik untuk kita.Ye..lah kita pun sebenarnya ada kekurangan juga kan.Aku juga terasa kehilangannya membuatkan aku lebih menghargai dirinya.