17 September 2008

Menyambut Malam Lailatul Qadr


Malam itu adalah malam yang ditunggu - tunggu. Semua orang menyebut tentang malam itu... orang tua sebut, orang muda sebut, akhbar sebut, TV sebut, pemimpin sebut, ahli politik sebut, orang bisu pun sebut... tapi dengan cara merekalah..

Sudah sebulan mereka bersiap dengan pelbagai persiapan bagi menyambut kemunculan malam yang hanya datang setahun sekali... macam - macam di rancang, macam - macam juga disusun atur.

Seluruh negara diwar -warkan dan diseru supaya tak ada yang tak tahu, tak ada yang tak ambil peduli.. pendek kata yang tak tahu itu mungkin yang tinggal dalam gua Niah sahaja agaknya..

Memang mereka merancang yang best - best tentang ketibaan malam tersebut... yang muda - mudi dah siap sms kawan2 ajak meraikan ramai - ramai malam tersebut. Yang berkeluarga pastikan ahli keluarga dapat bersama...ada meeting, tunda tarikh lain... yang tua mahu juga ikut serta, walaupun lutut bergetar ketika berjalan, tongkat pula lebih kuat getarannya daripada lutut... pun nak juga memeriahkan malam tersebut...

Pendek kata..semua menanti malam tu dengan penuh kesungguhan dan penantian...

Malam tu pun tiba... seluruh yang menanti, tersangatlah meraikan detik ketibaannya... seronok sangat... gelagat mereka jelas nampak keterujaan itu... kerana penantian mereka telah tiba.

Begitu sekali penantian, sambutan, keterujaan, kesungguhan mereka 'mengihya'kan' malam tersebut...bersungguh -sungguh bebenor....

Malangnya...sambutan mereka terhadap malam tersebut adalah sambutan malam "detik kemerdekaan negara"...dan bukannya Malam Lailatul Qadr!

2 comments:

Anonymous said...

assalamu'alaikum..memang betul pak lang, zaman sekarang tak main lailatul qadar. tapi kalau bola memang diorang bangkit. semoga mereka dibuka pintu hidayah dan cepat2 sedar akan hikmah lailatul qadar.

Mohd. Hafizan said...

waalaikumussalam..

Ya, macam tulah..sebabnya perkara lailatul qadar ni perkara ghaib.. orang tak ambil kisah sangat. kalaulah setiap kali lailatul qadar orang nampak malaikat turun ke muka bumi bagi hadiah macam pemain bola turun padang.. mesti tak ada yg dok rumah..pakat lilit serban pi masjid.. kan cek kan? Paklang doakan cek sentiasa sihat dan semakin ramai anak murid yang belajar Al-Quran dari cek.. sebenarnya ilmu yag Allah beri kepada cek tu adalah rahmat Allah yg tiada ternilai...

Tahniah!