
Yang membantah, berhimpun hantar memo siap pakai sampin, bertanjak, selepang tulis jawi lagi... menunjukkan yang membantah tu orang melayu yang katanya nak mempertahankan ketuanan melayu. baguslah tu... dan yang nak dibantah ialah mereka berpendapat tindakan pihak yang memerintah di Pulau Pinang tu tidak betul dan mengganggu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia... pun bagus juga. Kita mesti memelihara imej Malaysia yang diperintah oleh orang Melayu serta kekuatan dan jiwa bangsa, iaitu bahasa..disamping kita menghormati bangsa - bangsa lain dan mempertahankan keharmonian serta kesejahteraan demi keamanan negara tercinta.
Cuma nak tanya yang pergi buat bantahan demo, yang pakai selepang, yang berbaju melayu hitam2 tu... kenapa hanya buat bantahan dalam isu Majlis Bandaran Pulau Pinang saja? sepatutnya yang paling patut dan paling kena buat bantahan dengan bukan saja pakai selepang, kalau boleh pakai sampin selitkan keris serta berterompah kayu sejak lama dulu... pergi ke Putrajaya buat bantahan... baru betul - betul betul. Nape?
Ianya adalah kerana negara kita ni dah 51 tahun merdeka.. dah 51 tahun orang puteh keluar tanah melayu, dah 51 tahun pula Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu menerajui pucuk pimpinan negara... tapi kat pusat pemerintahan orang melayu tu, pakcik makcik yang Melayu sejak dari kecik sampai gigi sekarang ulat pun tak tahu nak bersarang kat mana, bila datang putrajaya tak pandai nak sebut apa yang terdapat di sana... apa ke bendanya "Presint".. besen atau lesen tahulah.
Pergi depan sikit ada Cyberjaya, Multimedia Super Coridor dan Wetland. Kemudian jumpa pula KLIA Transit, Sepang Circuit, KLIA (Kuala Lumpur International Airport), LCCT (Low Cost Carrier Terminal) dan banyak lagi tempat - tempat hebat tu dalam bahasa orang puteh. Naif sangat bahasa Melayu di Putrajaya sebuah pusat pemerintahan orang Melayu dan persekitarannya.





