05 August 2008

Bahasa Arab Itu Penting Ke?

Assalamualaikum...

Saya rasa jika nak dijelaskan tentang betapa pentingnya Bahasa Arab, secara pastinya hampir semua orang yang bergelar muslim & mukmin sudah tahu, faham dan mengakui kepentingannya.. masakan tidak, setiap hari kita menggunakan Bahasa Arab.. mula buka mata sehingga tutup kembali mata kita akan menggunakan Bahasa Arab...

Cuba kita amati... berdoa dengan doa yang ma'sur, semua bacaan di dalam solat, membaca ayat - ayat Al-Quran, berzikir, berselawat, beri salam, jawab salam, mengucap ucapan - ucapan bersempena seperti innalillah, insya allah, nama - nama kebanyakan muslim, nama - nama bulan hijriyyah dan hampir semua yang berkaitan dengan ibadah adalah dalam Bahasa Arab.

Jika begitu, penting tak Bahasa Arab? Tak penting?..

Ada yang kata..: " Selama ini, saya baca Al-Quran, berdoa, berselawat, berzikir, solat dan macam2 ibadah sampai ke Mekah menunaikan haji...tak tahu Bahasa Arab pun... ok pun..."

"Oooo...patutlah... bila lihat orang baca Al-Quran atau ketika solat...tiba - tiba menangis, anda mencebikkan mulut yee... dan anda tak pernah pun terasa apa-apa kan ketika membaca Al-Quran dan solat..kan?"

"Time tok imam baca doa..panjang sikit..anda asyik lihat garis - garis urat kat tapak tangan, berkhayal entah kemana, main letup - letup jari.... kan?"

Sebab apa jadi begitu?.. sebab anda kata Bahasa Arab tak penting...kan??

3 comments:

althafunnisaa' said...

alhamdulillah..saya setuju dengan ustaz.melalui blog banyak yang dapat dikongsikan.saya tertarik ustaz cakap tentang bahasa arab.betul tu..dekat u,bila saya masuk belajar bahasa2 lain.saya masuk kelas bahasa mandarin,jepun.apa yang saya rasai ketika itu tak seperti saya rasa ketika saya belajar bahasa arab.semakin saya belajar bahasa lain,hati saya semakin merindui bahasa arab.saya berfikir dan terus berfikir..sungguh,bila belajar bahasa lain saya tak mampu nak menghayatinya..sehinga membuatkan saya lebih kuat ntuk terus sambung belajar bahasa arab walaupun dah lama saya tinggalkan.klu dulu saya tak menyedarinya tapi kni ikhlas saya katakan tak ada yang mampu menandingi keindahan bahasa arab..subhanaALLAH..

Mohd. Hafizan said...

Tahniah dan syukur kerana saudari dianugerahkan hati yang dapat menghayati indahnya bahasa yang dipilih oleh Allah untuk digunapakai seluruh umat kekasihNya...malangnya, tak ramai seperti saudari... double malangnya apabila Allah beri peluang kepada mereka yang 'dipaksa' mempelajarinya ketika di sek - sek agama,univ.2 yg menggunakan Bahasa Arab... mereka 'berfikiran orentalis' = leceh belajar Bahasa Arab...

Anonymous said...

bahasa Arab merupakan bahasa Al-Quran yakni tulisan kalamullah yg agung..moga apa yg ust usahakan ini diberkati Allah krn membawa muslimin dan muslimat utk mempelajari bahasa Al-Quran , bahasa nabi Muhammad saw dan bahasa para ulama'........