Himpunan cebisan catatan daripada lautan ilmu Allah untuk manfaat dan panduan menuju mardatillah
10 August 2008
Definisi Mnemonik Sebagai Kaedah Meningkatkan Daya Ingat
Pada dasarnya pemacu ingatan atau mnemonik adalah alat untuk mengingat. Secara istilahnya, mnemonik adalah kata yang sudah ada sejak seribu tahun yang lalu atau lebih. Orang yunani kuno dahulu sangat memuja kemampuan ingatan sehingga mereka mempunyai dewa yang bernama Mnemosyne – bererti berfikir masak-masak -- yang berkedudukan sebanding dengan dewa cinta dan kecantikan.
Sejumlah strategi ingatan dirancang oleh negarawan Yunani dan Romawi pada masa itu untuk membantu mereka mengingat sejumlah besar informasi, untuk membuat pendengar terkesan saat mereka berpidato atau berdebat di Senat. Dewasa ini, kata mnemonik mengacu pada teknik-teknik pemacu ingatan secara umum.
Pelbagai Teknik Dalam Kaedah Mnemonik Dalam Meningkatkan Daya Ingat
Ramai mula menyedari bahwa ketika mereka menerapkan teknik mnemonik untuk mengingat sesuatu, proses ingatan akan lebih mudah. Mnemonik selalu menggunakan prinsip asosiasi, iaitu informasi yang diingat dikaitkan dengan informasi yang lain yang mudah dingat. Antara teknik mnemonik yang biasa digunakan:
1. Kaedah loci
2. Sistem kata kunci
3. Teknik menghubungkan
4. Teknik akronim dan Teknik akrostik
Disunting daripada www.e-dukasi.net
Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Kaedah Mnemonik
Kaedah Mmemonik banyak digunakan semasa proses pembelajaran di dalam pelbagai subjek seperti matematik, sains dan sejarah. Namun penggunaan kaedah ini untuk mengukuhkan penguasaan Bahasa Arab secara sistematik amat jarang didengar, malah mungkin belum dilakukan lagi.
Melalui percubaan yang telah dilakukan terhadap pelajar - pelajar lemah penguasaan Bahasa Arab peringkat menengah rendah dan terhadap sekumpulan pelajar menengah atas yang tidak pernah mempelajari Bahasa Arab, penggunaan kaedah ini dapat membantu mereka mengingati dan menggunakan kalimah arab dengan mudah dan pantas.
Dalam tempoh 2 tahun tersebut, di dapati pelajar yang mampu menguasai subjek lain tetapi lemah Bahasa Arab, adalah berpunca daripada kegagalan menggunakan kaedah yang sesuai yang dapat membantu mereka.
Pembelajaran Bahasa Arab akan lebih diminati dan mudah dikuasai sekiranya para pelajar didedahkan dengan kaedah yang sesuai dan praktikal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment