25 August 2008

Kalau tak nak sesat, belajar Bahasa Arab



Ada tak persoalan kenapa Allah memilih Bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran? Dan bukannya Bahasa Inggeris, Bahasa Parsi, Bahasa Orang Rom..sedangkan pada zaman kelahiran Rasulullah kerajaan Rom adalah sebuah kerajaan yang kuat.. begitu juga kerajaan Parsi...


Selain daripada jawapan bahawa Rasulullah lahir dari kalangan orang Arab, lalu bahasa Arab pun jadilah Bahasa Al-Quran... ada tak jawapan lain yang lebih kukuh?

Dalam buku "lato'iful Qur'an" karangan Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi, ada menjelaskan mengenai perkara ini.

Sedarkah kita bahawa Bahasa Arab adalah bahasa yang sangat indah, mempunyai pengertian yang tersendiri bagi setiap perkataan, susunan ayatnya yang menarik? Dan sedarkah kita yang Al-Quran adalah susunan kalimah - kalimah Bahasa Arab yang terpilih, dipilih oleh Allah, Pencipta segala bahasa...

Lalu bagaimana kita hendak menjiwai Al-Quran sekiranya tidak faham keindahan dalaman Al-Quran...? Tidak mengetahui tujuan setiap patah perkataan yang dipilih..

Ya, kita boleh faham isi Al-Quran dengan membaca kitab tafsir Al-Quran.. sekadar faham maksud.. dan bukannya menjiwainya... Sebabnya..? Bahasa Tafsiran tidak sama kualitinya dengan bahasa asal..

Contohnya, perkataan "maitun" dan "mayyitun" kedua2nya ditafsir sebagai mati @ meninggal. Tidak ada perkataan dalam Bahasa Melayu yang boleh membezakan antara kedua-dua maksud.. sedangkan kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza dan tujuan yang berbeza.

Oleh itu, alangkah tak betulnya orang yang tak tahu Bahasa Arab, tiba-tiba cuba mengulas dan mereka intipati Al-Quran mengikut pemahaman mereka.. contoh terbaik adalah seperti Kassim Ahmad dan Othman Ali... sebab itulah idea-idea yang mereka bawa sangat menyimpang daripada akal Islam yang sihat..mereka 'sesat ilmu Bahasa' dan 'menyesatkan orang lain'...

Kesimpulannya... belajarlah Bahasa Arab.. supaya anda tidak disesatkan! :)






1 comment:

Zamri said...

salam.

bleh ust tlg perjelaskan lagi perbezaan antara maitun n mayyitun tu. syukran.