..."hari - hari kena marah"!
Cakap sikit, kena marah, tak cakap pun kena marah, cakap banyak lagi kena marah. Tak senyum kena marah, senyum pun kena marah. Lambat buat kerja kena marah, gopoh buat kerja pun kena marah. Banyak tanya kena marah, tak tanya terus buat.. pun kena marah. Bagi tahu kena marah, tak bagi tahu pun kena marah....
Asyik - asyik... marah, marah, marah...
Nabi S.A.W bersabda: Jangan marah, dan diulangi perkataan itu berulang kali.
Tetapi kenapa asyik kena marah, dan kenapa asyik nak marah?
Anda asyik kena marah, tapi dengan orang lain tak pula?
mungkin...
- ada perkara yang tidak puas hati dengan sesuatu tindakan @ kelakuan
- inginkan yang terbaik daripada seseorang
- rasa teguran tidak dihiraukan
- terlalu sayang
penawarnya?
- muhasabah diri
- berterus terang
- sabar
- berdoa
- perbaiki diri
kalau masih kena marah?
- bawa jumpa doktor...mungkin yang suka marah itu ada darah tinggi :)
3 comments:
orang yg kuat adalah org yg berjaya mengawal kemarahannya...kemarahan jg blh menguburkan segala kebaikan dlm dr..
Orang yang kuat marah bukanlah orang yang kuat kerana yang tidak kuat marah itulah yang kuat :)
Marah merupakan salah satu unsur pelengkap kepada sifat manusia. Tetapi ia seharusnya digunakan pada tempat yang sepatutnya. Contohnya, ada seorang kawan minum milo. Tiba-tiba milo tertumpah pada assignment kita yang baru di print dan akan dihantar sebentar lagi. Sebelum itu, kita dah melarang dia supaya jangan minum disitu tetapi dia sengaja pekakkan telinga. Kita marah. wajar bukan??
Marah juga tidak boleh berlebih-lebihan. Jika anda semua merasakan diri sendiri telah dikuasai dengan sifat marah, selalulah berwhuduk kerana wudhuk itu adalah penawar marah.
Saya seorang yang cepat marah. Jadi, jika terlampau marah, cepat-cepat saya berwhuduk. Alhamdulillah, sekarang saya mampu untuk mengawal kemarahan.
Post a Comment