17 February 2009

Yang pelik tapi ada yang ikut

Berikut sepatutnya ciri - ciri golongan yang tidak mempercayai hadis..

1. Mereka tidak solat seperti umat Islam yang lain.
Al-Quran tidak menerangkan secara terperinci cara melakukan solat, jadi tentu mereka berdiri, rukuk dan sujud sahaja.

2. Apabila mereka meninggal dunia, jenazah mereka tidak dimandi, dikafan, disolat dan ditanam.
Al-Quran tidak menjelaskan bagaimana cara menguruskan jenazah.

3. Mereka tentulah mahir berbahasa Arab dan menguasai semua ilmu2 al-Quran.
Bukan senang nak faham ayat al-Quran, maklumlah nak rujuk tafsir, pengarang tafsir rujuk kepada hadis.

Cukuplah 3 point ni dulu...

Jadi, ingat! jangan ikut golongan anti hadis...

3 comments:

pya said...

golongan nie sma jer dgn orientalis barat...yer x utz?

Mohd. Hafizan said...

ye.. sebenarnya mereka mendapat memang mendapat idea seperti ini daripada barat. Antara yang sangat merbahaya ialah SIS... hati2 ya

Anonymous said...

Mreka ini sebenarnya golongan liberal. Orientalislah yang memperkenalkan konsep ini. Ada beberapa ustaz2 kita yang pergi menuntut ilmu dengan orientalis, balik jadi macam orientalis jugak akhirnya. Kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap SIS. Golongan takde background Islam yang nak bercakap tentang Islam-sekadar pandangan-