12 August 2009

Kualiti Khutbah Jumaat Di Masjid Universiti

gambar hiasan

Sepertimana yang dimaklumi, khutbah adalah juzuk daripada solat jumaat dan rukun yang menyempurnakan solat fardhu tersebut. Tanpa khutbah, tidak akan berlakunya solat Jumaat. Khatib yang dipertanggungjawabkan menyempurnakan ibadat ini mempunyai tanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan kesempurnaan ibadat ini.

Justeru, khutbah solat Jumaat adalah semestinya dilaksanakan dengan sebaik dan sesempurna mungkin. Khatib yang menyampaikan khutbah perlu dipilih daripada kalangan yang sewajarnya layak dan mempunyai kemampuan menyampaikan khutbah. Khatib perlu mampu memberi kefahaman kepada jemaah apa yang ingin disampaikan, perlu betul bacaan ayat – ayat al-Quran, perlu lancar bacaan doa dan perlu bersedia menyampaikan khutbahnya.

Memandangkan universiti adalah pusat ilmu teratas dan tertinggi, segala yang berkaitan dengan keilmuan akan menjadi mata pandang warga dan persekitarannya. Di sini nadi keilmuan dan pusat lahirnya generasi ilmu. Manakala khutbah jumaat adalah cetusan keilmuan itu.

Adalah malang apabila, khutbah yang disampaikan di Masjid sebuah universiti terkemuka di Malaysia disampaikan oleh seorang khatib yang dijemput sempena satu peristiwa tertentu yang sangat gagap ucapannya, tidak lancar sebutannya, lontaran kata – kata yang tersekat – sekat, menyekat kefahaman jemaah memahami isi kandungan teks khutbah itu. Bacaaan doa yang sangat lari maknanya, tidak betul sebutannya, menyebabkan ramai jemaah khususnya pelajar timur tengah yang menggelengkan kepala. Situasi yang sangat memalukan bagi sebuah institusi keilmuan dan dibawah garis status masjid di kampung - kampung.

Agaknya, kenapa khutbah di universiti yang digelar sebagai menara gading, gedung ilmu dan beberapa lagi gelaran hebat - hebat mesti dibaca dan bukan datang dari minda khatibnya? Lemah sangatkah para khatib itu untuk melontarkan ucapan dari akal mereka sendiri? Takut sangatkah mereka untuk mengucapkan seruan ketaqwaan dan nasihat kepada para jemaah dari pandangan sendiri? Tandus sangatkah tokoh - tokoh ilmuan di sana?

Kalau begini keadaannya, bolehlah kita labelkan khutbah di masjid universiti ini sama dengan masjid di kampung saya kat hulu sana tu : "khutbah Jumaat Dibaca Untuk Dodoikan Jemaah Tidur".

3 comments:

Anonymous said...

Ustaz, masjid mana ni..? cerita khutbah ni macam kat masjid U*M saja. Mungkin orang yang baca khutbah ni tak practice dulu. Sepatutnya kena bersedia sebelum baca khutbah. Baru ok. Nanti boleh jemput ustaz baca khutbah kat universiti saya.

ustaz hafizan said...

masjid terhebat di M'sia :) pengalaman masa kali pertama baca khutbah rasa sejuk je tapak kaki.

Anonymous said...

Kat masjid jeniang depa baca khutbah macam ni ka ustaz?