Himpunan cebisan catatan daripada lautan ilmu Allah untuk manfaat dan panduan menuju mardatillah
13 August 2009
Salam 1 Malaysia
..." Salam sejahtera, salam 1 Malaysia", ungkapan yang diucap oleh seorang pembaca berita TV RTM.
Agak-agaknya, salam ni dituju kepada siapa? Kalau dituju kepada penonton bukan Islam, salam sejahtera dah memadai, atau sebut sahaja salam 1 Malaysia, habis cerita. Kalau nak dituju kepada penonton yang muslimin dan muslimat, kan ke lebih baik guna "assalamualaikum...." dapat juga pahala yang memberi dan menjawab.
Agaknya, daripada aliran mana datangnya idea memberi salam style baru ni? Malang sungguh, orang menuju ke hadapan, yang media ini tarik gear gostan, undur belakang.
Ungkapan salam yang pelik-pelik ni sebenarnya dah ketinggalan zaman. Kalau dulu, selepas merdeka, ada tercatat ungkapan "salam merdeka". kalau dulu - dulu beri salam depan rumah, orang kata orang minta sedekah datang, sekarang orang bukan Islam pun beri salam. Cikgu hendry kat sekolah saya selalu bagi salam, satu fenomena yang tak pelik langsung.
Yang peliknya, diubah daripada ungkapan yang dapat pahala ni kepada ungkapan kosong pahala, itu yang tersangat pelik. Bertambah pelik, dicipta oleh orang islam sendiri.
Salam ni syariat, bukan kata - kata orang Arab. Orang Arab sebelum Islam dan yang bukan Islam sehingga sekarang ni tak beri salam, mereka ucap "sobah al-Khair", "Sobah al-Nur"...
Jadi, kalau pun nak promosi 1 Malaysia, salam janganlah dihapuskan... janganlah dicipta dan mempromosi satu "sunnah baru", nanti mencalar syiar Allah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Assalamualaikum...
Apa khabar ustaz... lama tak jumpa.
Jalan2 terjumpa.
Terima kasih
Assalamualikum wth.
Kat Malaysia ni memang banyak hal2 yang serbasalah nak dihurai maksudnya.Terlalu gah (takbur?)pemimpin kita bercakap nak HAPUSKAN kemiskinan.Tidakkah itu maknanya kita mencabar kredibiliti `hukum zakat' ciptaan Allah SWT?
Tiada masalah kalau nak hapuskan kemiskinan. Ia tidak mencabar pun kredibiliti hukum zakat. Malah zakat boleh dijadikan sebagai satu medium untuk membasmi kemiskinan-sekadar pandangan-
khabar baik "orang kampong" :) terima kasih singgah. Tapi tak perasan sapa ni.
Zakat adalah hukum Allah S.W.T yang akan kekal berterusan kerana ianya syariat Rasulullah untuk umat akhir zaman. Kemiskinan pula satu jenis penyakit. Salah satu ubat utk rawat miskin, adalah zakat.
Zaman Khalifah Umar Abd Aziz, penyakit ni berjaya dibasmi dengan ubat zakat.
Allah yang turunkan penyakit dan Dia juga pasti sediakan ubatnya. :)
Pemimpin yang ingin basmi kemiskinan tanpa ambil ubat yang Allah dah sediakan..confirm takbur. Wallahu a'lam
Saya setuju dengan ustaz. Zakat perlu digunakan oleh pemimipin untuk membasmi kemiskinan. Tapi masalahnya terdapat segelintir pemimpin kita menyalahgunakan zakat untuk kepentingan diri sendiri
assalamualaikum tu maknenya peace be upon you atau semoga tuhan merahmati kamu. so bagi kat non muslim pun bole laa diorang pun bole jawab waalaikumsalam. it is just a language bro. org arab yg kristian pun pakai assalamualaikum ape.
its just a language ok. nothing to do with religion.
peace out ppl.
and 1malaysia sucks.
:) ye ke Assalamualaikum tu just language? Ye ke orang Arab kristian pun bagi assalamualaikum? Ye ke salam tu orang Arab ucap sejak sebelum Islam dtg lg? Ye ke Assalamualaikum tak da kena mengena dengan agama? Ye ke? kan ke selepas solat bagi salam, tak sebut pula thank you oh my god :)
Saya 5 tahun kat Jordan, jiran sebelah rumah Arab Kristian, kawan2 kat U pun Arab kristian, Prof Hana Haddad yang ajar linguistik agama Kristian.. almaklumlah Jordan & Lubnan kan banyak orang Arab kristian.. tak ada pun bagi salam... hanya "kef haalak", "syukh barak' (bahasa daerah).
Jadi, jangan just tembak je buat kenyataan K... ni berkaitan agama... tak baik. Kalau tak pasti, boleh tanya & bincang ye.
just nak tanya..adakah sesudah solat..salam kita itu adakah "assalamualaikum" atau "assalamualaikum waramaltullahi wabarakatuh"?
Post a Comment