31 December 2008

Tuan Guru Haji Wan Muhammad Merbok, Kedah



Renunganmu,
Renungan matamu penuh ketenangan.
Tidak lekang bibirmu mengukir sejuta senyuman.
Bersama gerakan halus kumit ratipan.
Zikrullah di hatimu berterusan.

Dudukmu,
Dudukmu penuh bererti
Walaupun lemah jasmani
Namun dadamu penuh berisi

Disisimu,
Disisimu seorang isteri
Setia berdiri taat peribadi,
Wanita solehah teman sejati,
Puluhan tahun menjadi penyeri

Rumah itu,
Rumah itu tapak perjuangan
Kitab kuning menjadi bacaan
Ratusan murid menjadi ilmuan
Penerus sunnah Rasul junjungan

Hari ini,
Hari ini tuan guru uzur sangat,
Nafasnya sesak sebaik memberi wasiat,
Degupan jantung bertambah kuat,
Sakitnya semakin tenat,

Ziarahku,
Ziarahku bersama iringan doa,
Kulihat sakitnya semakin reda,
Namun beliau tiada lagi berkata – kata,
Membisu seribu bahasa,

Kulihat,
Kulihat tuan guru duduk di atas sejadah,
Sentiasa berzikir tunduk kebawah,
Tiada berbicara walau sepatah,
Tenang bersolat menghadap Allah,

Doaku,
Doaku mengharapkan sejahtera,
Agar dirimu beroleh bahagia,
Disyurga tempat mulia,
Bersama syuhada dan para anbiya.

08 November 2008

pahlawan melayu lemah lutut?


gambar Al- Syahid Tok Janggut


Sepanjang minggu ni antara isu yang hangat dalam akhbar ialah mengenai bantahan beberapa pihak terhadap tindakan pihak majlis bandaran di Pulau Pinang yang letak papan tanda tulisan India dan Cina di tempat bersejarah.

Yang membantah, berhimpun hantar memo siap pakai sampin, bertanjak, selepang tulis jawi lagi... menunjukkan yang membantah tu orang melayu yang katanya nak mempertahankan ketuanan melayu. baguslah tu... dan yang nak dibantah ialah mereka berpendapat tindakan pihak yang memerintah di Pulau Pinang tu tidak betul dan mengganggu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia... pun bagus juga. Kita mesti memelihara imej Malaysia yang diperintah oleh orang Melayu serta kekuatan dan jiwa bangsa, iaitu bahasa..disamping kita menghormati bangsa - bangsa lain dan mempertahankan keharmonian serta kesejahteraan demi keamanan negara tercinta.

Cuma nak tanya yang pergi buat bantahan demo, yang pakai selepang, yang berbaju melayu hitam2 tu... kenapa hanya buat bantahan dalam isu Majlis Bandaran Pulau Pinang saja? sepatutnya yang paling patut dan paling kena buat bantahan dengan bukan saja pakai selepang, kalau boleh pakai sampin selitkan keris serta berterompah kayu sejak lama dulu... pergi ke Putrajaya buat bantahan... baru betul - betul betul. Nape?

Ianya adalah kerana negara kita ni dah 51 tahun merdeka.. dah 51 tahun orang puteh keluar tanah melayu, dah 51 tahun pula Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu menerajui pucuk pimpinan negara... tapi kat pusat pemerintahan orang melayu tu, pakcik makcik yang Melayu sejak dari kecik sampai gigi sekarang ulat pun tak tahu nak bersarang kat mana, bila datang putrajaya tak pandai nak sebut apa yang terdapat di sana... apa ke bendanya "Presint".. besen atau lesen tahulah.

Pergi depan sikit ada Cyberjaya, Multimedia Super Coridor dan Wetland. Kemudian jumpa pula KLIA Transit, Sepang Circuit, KLIA (Kuala Lumpur International Airport), LCCT (Low Cost Carrier Terminal) dan banyak lagi tempat - tempat hebat tu dalam bahasa orang puteh. Naif sangat bahasa Melayu di Putrajaya sebuah pusat pemerintahan orang Melayu dan persekitarannya.


Kenapa pahlawan melayu ini lemah lutut nak bersilat di sana? Kenapa berani di Pulau Pinang sahaja? Kenapa emosi sangat? Kenapa tidak secara lebih berhemah mengikut tatasusila kepahlawanan Melayu? Kenapa tak berani pertahankan bahasa Sains dan Matematik yang ditukar dengan kejamnya ke dalam bahasa Inggeris sampai cikgu yang mengajar subjek tersebut menangis bila ada nazir nak datang pantau. Kenapa


Sememangnya pahlawan melayu yang berselepang itu tak sekuat pendekar - pendekar di Turki.. dulu semasa saya di sana, nasib baik pandai juga bercakap sikit - sikit bahasa Turki, kalau tak.. gule gule (bye bye)

30 October 2008


Gajah tak boleh naik bas..kenapa?

23 October 2008

Akhlak Hati Penyeri Peribadi

Nabi S.A.W pernah bersabda yang antara intipati sabdaan itu ialah di dalam badan manusia terdapat anggota terpenting, yang apabila baik benda itu, baiklah manusia sebagai kemanusiaannya, apabila rosak benda itu rosaklah ciri2 kefitrahan manusia tersebut.

Benda itulah yang membentuk tingkahlaku luaran, gerakgeri, tuturkata, riak muka, intonasi sebutan, persepsi, emosi, penampilan, gaya fikir, watak, sikap, pendirian dan sebagainya yang berkaitan manusia dan kemanusiaan.

Apakah benda itu? Ianya adalah hati.

Dengan melihat kepada kepentingan hati yang merupakan sebahagian sistem utama manusia yang membentuk lakaran manusia itu, semestinyalah hati dipelihara dan dijaga dengan sempurna. Jika keras, hati perlu dilembutkan. Jika hitam, hati perlu dimurnikan. Jika sakit, hati perlu dirawat dengan sebaik rawatan.

Kerana kepentingannya, ramai ulama terkenal menulis kitab - kitab khusus mengenai hati dan rawatannya. Antaranya , kitab ihya ulum al-din, kitab Penawar bagi hati, kitab tanbih al-qhafilin dan sebagainya...

Hati seumpama seorang anak, perlu didik untuk mengadabkannya, perlu ditegur untuk membetulkannya, perlu ditunjukarah untuk menentukan pendiriannya, perlu dibelai untuk menjinakkannya, perlu dipelihara untuk mengekalkan kualitinya...

Hati perlukan ubat dan penawar. Hati perlukan penjagaan dan vitamin. Hati perlukan galakan dan rangsangan.

Penawar bagi hati adalah istiqfar dan taubat
Penjagaan dan vitamin bagi hati adalah tazkirah, ayat - ayat Allah, muhasabah dan zikir.
Galakan dan rangsangan adalah ilmu.

Berusahalah untuk menjadi seorang yang mempunyai akhlak hati dan belajar membaiki akhlak hati.

Akhlak hati ada musuhnya, jika tergugat, cacatlah akhlak hati dan rosaklah sebahagian fitrah kemanusiaan diri. Akhlak hati yang perlu diperbaiki:

Jika sentiasa curigakan niat dan keikhlasan orang lain
Jika berasa kesempurnaan diri
Jika kasar tuturkata
Jika mengutamakan perasaan sendiri
Jika tidak menghiraukan perasaan orang lain
Jika berasa selamat daripada azab Allah
Jika tidak terkesan dengan nasihat
Jika sentiasa gembira
Jika tiada belas kasihan
Jika lupa ibubapa
Jika kekal di dalam dendam
Jika sentiasa inginkan keduniaan
Jika tiada sifat redha dan meredhai

Doa penawar hati (doa ini suntingan daripada http://aliph.wordpress.com/)

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku ada-lah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Eng-kau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khusus-kan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.” (HR. Ahmad 1/391. Menurut pendapat Al-Albani, hadits tersebut adalah sahih.)


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ


“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.” (HR. Ahmad 1/391. Menurut pendapat Al-Albani, hadits tersebut adalah sahih.)

24 September 2008

Soal jawab zakat

Seorang isteri yang bekerja tetapi suami tidak ada pekerjaan.. bolehkah si isteri membayar zakat fitrah untuk diri, suami dan anak2?


Jawab: sunat isteri membayar zakat, bahkan boleh isteri membayar zakat kepada suami kerana suami termasuk dalam kategori miskin (rujukan: kitab mufassol, bab asnaf)


Bolehkah membayar zakat kepada bapa, mak, datuk, nenek dan keatas, atau anak, cucu, cicit dan kebawah kita yang miskin?


Jawab: tidak boleh, kerana mereka adalah orang yang wajib kita berikan nafkah. (rujukan: kitab mufassol, fiqh manhaji)


Bolehkah amil zakat adalah seorang perempuan?


Jawab: Boleh sekiranya kelompok yang membayar zakat adalah wanita (rujukan: fatawa Yusuf Qaradawi)

23 September 2008

Akhir Ramadhan


Akhir Ramadhan seakan cepat sangat nak meninggalkan kita.. biasalah, yang indah dan menarik tu terasa cepat sangat berlalu.. Ramadhan dah tak berapa hari lagi... pejam mata, buka mata...tahu2 dah tinggal seminggu lagi.


Mari kita muhasabah diri...


sepanjang Ramadhan ini, solat wajib sempurna?

berapa kali terbabas Subuh?

Berapa kali solat 5 waktu berjemaah di masjid?

Qiam berapa malam?

Berapa kali solat tawarikh?

Baca Al-Quran dah sampai muka surat berapa?

Berapa hari berbuka dengan mak ayah?

Ada bagi sedekah?

Berapa banyak makanan yang masuk dalam tong sampah?

Berapa kali ziarah keluarga & kenalan?


dan banyak lagi untuk dimuhasabahkan...


Semoga baki Ramadhan yang da sikit ni dipergunakan sebaik mungkin...


17 September 2008

Menyambut Malam Lailatul Qadr


Malam itu adalah malam yang ditunggu - tunggu. Semua orang menyebut tentang malam itu... orang tua sebut, orang muda sebut, akhbar sebut, TV sebut, pemimpin sebut, ahli politik sebut, orang bisu pun sebut... tapi dengan cara merekalah..

Sudah sebulan mereka bersiap dengan pelbagai persiapan bagi menyambut kemunculan malam yang hanya datang setahun sekali... macam - macam di rancang, macam - macam juga disusun atur.

Seluruh negara diwar -warkan dan diseru supaya tak ada yang tak tahu, tak ada yang tak ambil peduli.. pendek kata yang tak tahu itu mungkin yang tinggal dalam gua Niah sahaja agaknya..

Memang mereka merancang yang best - best tentang ketibaan malam tersebut... yang muda - mudi dah siap sms kawan2 ajak meraikan ramai - ramai malam tersebut. Yang berkeluarga pastikan ahli keluarga dapat bersama...ada meeting, tunda tarikh lain... yang tua mahu juga ikut serta, walaupun lutut bergetar ketika berjalan, tongkat pula lebih kuat getarannya daripada lutut... pun nak juga memeriahkan malam tersebut...

Pendek kata..semua menanti malam tu dengan penuh kesungguhan dan penantian...

Malam tu pun tiba... seluruh yang menanti, tersangatlah meraikan detik ketibaannya... seronok sangat... gelagat mereka jelas nampak keterujaan itu... kerana penantian mereka telah tiba.

Begitu sekali penantian, sambutan, keterujaan, kesungguhan mereka 'mengihya'kan' malam tersebut...bersungguh -sungguh bebenor....

Malangnya...sambutan mereka terhadap malam tersebut adalah sambutan malam "detik kemerdekaan negara"...dan bukannya Malam Lailatul Qadr!

Tarbiyah Anjing


Semalam saya memandu kereta dari Sepang ke Nilai. Dalam perjalanan tu, dari jauh saya lihat seekor anjing cuba melintas jalan... nampak kelam kabut juga dia nak melintas.. dilihatnya kiri kanan secara sambil lalu.. kemudian dia meluru ke hadapan dalam keadaan teragak - agak dan laju sekali...

semasa anjing tu melintas, lalu kereta yang berada di depan saya dengan laju menyebabkan anjing tu patah balik... sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan, pun dipandu dengan laju dan tak dapat mengelak... saya lihat tayar motosikal tersebut naik atas badan anjing tu... tayar depan...

Anjing tersebut sempat melompat... tak kena tayar belakang...

Mungkin kerana terlalu sakit, walaupun saya tak nampak sebarang kesan luka.. anjing tu lari dengan sepenuh hati seiring dengan kereta saya tanpa mengeluarkan sebarang bunyi salakan...

Yang peliknya... semasa anjing tu lari menuju ke sebuah rumah di tepi jalan , anjing - anjing lain yang berada dihalaman rumah tersebut menyalak beramai - ramai.. kuat sangat... seolah - olah mereka memanggil atau mungkin meratapi kemalangan yang menimpa rakan mereka... atau mungkin juga anjing-anjing tu kata:

"mari cepat..mari cepat...!"

Apabila sampai saja anjing tu ke kelompok anjing - anjing tersebut... mereka ramai - ramai mengelilinginya...

Alangkah...

Ketika itu saya terfikir..sedangkan anjing mengasihi rakannya... sedangkan anjing mengambil berat terhadap musibah yang menimpa binatang sama spesisnya.. sedangkan anjing ada naluri kesakitan dan keperitan...

Kenapa manusia yang dikatakan lebih mulia daripada anjing... melihat sambil lalu sahaja jika seorang manusia lain terbaring kemalangan?

Kenapa manusia yang dikatakan lebih bertamadun daripada anjing... bermusuhan sesama ahli keluarga?

Kenapa manusia yang dikatakan lebih tinggi akhlaknya daripada anjing... tetapi lebih buruk akhlaknya daripada anjing..

Pada anjing tersebut, ambillah pentarbiyahan....
(Rasa sedih mengenangkan anak - anak yang ayahnya ditahan ISA... bila agaknya dapat mencium tangan ayah.. raya dah dekat)

16 September 2008


Apabila ditanya kepada kebanyakan masyarakat umum mengenai perkara yang menarik perhatian pada bulan ramadhan... tentu ramai yang akan menjawab..

"pasar ramadan yang macam- macam ada..."

start saja bulan ramadan maka muncullah tapak2 jualan pelbagai juadah makanan untuk berbuka nanti... pelbagai kuih muih yang tak pernah dilihat pada bulan yg lain, mesti ada pada bulan ramadhan... pendek kata memang meriah lah bulan puasa dengan makanan...makanan..makanan

bagi yang memang kaki menjual, bulan ramadan nilah masanya untuk mereka mempersembahkan pelbagai skil dalam menjual... yang pandai uli tepung, buat cakoi.. yang pandai bakar, bakar ikan kembung .. yang pandai goreng, goreng cucuq udang ,...

manakala yang cuba2 nak berniaga, nak tambah pendapatan buat beli baju raya,... pun turut sama memeriahkan pasar ramadan..walaupun mereka tu nampak segan dan malu2... berdiri tegak diam macam patung kat tugu negara tu pun nak juga berniaga...

Jualan pasar ramadan ni biasanya start lebih kurang pukul 3-3.30 petang.. mula pasang payung, susun meja.. yang jual satey mula bakar arang, yang jual air tebu mula mesin tebu, yang jual cucuq udang mula panas kuali, yang jual air kelapa mula kupas kelapa.. kemudian mula menjual...sampailah masuknya waktu berbuka...

Lepas dah abis jual, mulalah kemaskan barang2 jualan... buka payung, leraikan meja, bersih tapak jualan, masukkan barang2 dalam kereta... balik ke rumah.

Seronok sangatlah mereka ni berniaga... ada yang untng...ada yang rugi...ada yang tak habis..ada yang tak cukup.. biasalah, asam garam jualan,...

Yang untung berniaga, kira duit keuntungan dan simpan...yang rugi, fikir cara nak elakkan lagi kerugian dan cari jalan supaya dapat untung...

Tapi dalam keghairahan mereka tu..tak ramai yang sedar... mereka sebenarnya rugi walaupun untung berniaga... rugi sebab tak solat asar... dan selalunya tak sempat solat maghrib...

Jadi, nasihat saya... berniaga, berniaga juga...solat jangan lupa ya..baru berkat.

Sebagai cadangan pula, kepada pihak berkenaan... alangkah baiknya dan banyaknya pahala sekiranya disediakan tempat solat bagi setiap pasar ramadan... kesian kepada peniaga... bukan senang nak tinggalkan gerai untuk pi ke surau yang kekadang jauh sangat dari tapak pasar ramadan... lebih2 lagi yang berniaga sorang diri...

10 September 2008


اِصْبِرْ عَلَى مَضَضِ الَحَسُوْدِ فَإِنَّ صَبْرَكَ قَاتِلُهُ


Bersabarlah dengan karena pendengki kerana kesabaran kamu itu adalah pembunuhnya..



Bersabar adalah satu sifat terpuji.

Sabar merupakan sifat yang dimiliki oleh para rasul ulul 'azmi

Sabar membentuk peribadi yang mulia

Sabar menghalang daripada perasaan marah

Sabar menghalang daripada hasutan syaitan

Sabar membahagiakan hidup

Sabar mengeratkan silaturrahim

Sabar menjauhkan pelbagai penyakit

Sabar adalah perawat jiwa

Sabar merehatkan minda

Sabar menguatkan rohani dan jasmani

Sabar menjauhkan dari dosa

Sabar meningkatkan ilmu dan kedudukan

Sabar menambah pahala

Sabar meningkatkan martabat diri disisi Allah dan makhluk

Sabar itu tenang

Sabar adalah senjata

Sabar sumber kejayaan

Sabar menyelesaikan masalah

Sabar menyelamatkan nyawa

Sabar mewujudkan kesenian dan kehalusan

Sabar memanjangkan usia

Sabar menambahkan kekayaan

Sabar itu anugerah

Sabar menghasilkan cinta

Sabar itu pengorbanan

Sabar itu akhlak

Sabar adalah pendirian

Sabar mewujudkan ketaatan

Sabar itu mahal



Bersabarlah


atau


Belajarlah Bersabar

05 September 2008

نصائح رمضانية
احرص على أن يكون هذا الشهر المبارك نقطة محاسبة وتقوم لأعمالك ومراجعة وتصحيح لحياتك
احرص على المحافظة على صلاة التراويح جماعة فقد قال صلى الله عليه وسلم من صلى مع الإمام حتى ينصرف كتب له قيام ليلة
احذر من الإسراف في المال وغيره فالإسراف محرم ويقلل من حظك في الصدقات التي تؤجر عليها
اعقد العزم على الاستمرار بعد رمضان على ما اعتدت عليه فيه
اعتبر بمضي الزمان وتتابع الأحوال على انقضاء العمر
إن هذا الشهر هو شهر عبادة وعمل وليس نوم وكسل
عود لسانك على دوام الذكر ولا تكن من الذين لا يذكرون الله إلا قليلا
عند شعورك بالجوع تذكر أنك ضعيف ولا تستغني عن الطعام وغيره من نعم الله
انتهز فرصة هذا الشهر للامتناع الدائم عن تعاطي مالا ينفعك بل يضرك
اعلم أن العمل أمانة فحاسب نفسك هل أداءه كما ينبغي

25 August 2008

Kalau tak nak sesat, belajar Bahasa Arab



Ada tak persoalan kenapa Allah memilih Bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran? Dan bukannya Bahasa Inggeris, Bahasa Parsi, Bahasa Orang Rom..sedangkan pada zaman kelahiran Rasulullah kerajaan Rom adalah sebuah kerajaan yang kuat.. begitu juga kerajaan Parsi...


Selain daripada jawapan bahawa Rasulullah lahir dari kalangan orang Arab, lalu bahasa Arab pun jadilah Bahasa Al-Quran... ada tak jawapan lain yang lebih kukuh?

Dalam buku "lato'iful Qur'an" karangan Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi, ada menjelaskan mengenai perkara ini.

Sedarkah kita bahawa Bahasa Arab adalah bahasa yang sangat indah, mempunyai pengertian yang tersendiri bagi setiap perkataan, susunan ayatnya yang menarik? Dan sedarkah kita yang Al-Quran adalah susunan kalimah - kalimah Bahasa Arab yang terpilih, dipilih oleh Allah, Pencipta segala bahasa...

Lalu bagaimana kita hendak menjiwai Al-Quran sekiranya tidak faham keindahan dalaman Al-Quran...? Tidak mengetahui tujuan setiap patah perkataan yang dipilih..

Ya, kita boleh faham isi Al-Quran dengan membaca kitab tafsir Al-Quran.. sekadar faham maksud.. dan bukannya menjiwainya... Sebabnya..? Bahasa Tafsiran tidak sama kualitinya dengan bahasa asal..

Contohnya, perkataan "maitun" dan "mayyitun" kedua2nya ditafsir sebagai mati @ meninggal. Tidak ada perkataan dalam Bahasa Melayu yang boleh membezakan antara kedua-dua maksud.. sedangkan kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza dan tujuan yang berbeza.

Oleh itu, alangkah tak betulnya orang yang tak tahu Bahasa Arab, tiba-tiba cuba mengulas dan mereka intipati Al-Quran mengikut pemahaman mereka.. contoh terbaik adalah seperti Kassim Ahmad dan Othman Ali... sebab itulah idea-idea yang mereka bawa sangat menyimpang daripada akal Islam yang sihat..mereka 'sesat ilmu Bahasa' dan 'menyesatkan orang lain'...

Kesimpulannya... belajarlah Bahasa Arab.. supaya anda tidak disesatkan! :)






10 August 2008


Definisi Mnemonik Sebagai Kaedah Meningkatkan Daya Ingat

Pada dasarnya pemacu ingatan atau mnemonik adalah alat untuk mengingat. Secara istilahnya, mnemonik adalah kata yang sudah ada sejak seribu tahun yang lalu atau lebih. Orang yunani kuno dahulu sangat memuja kemampuan ingatan sehingga mereka mempunyai dewa yang bernama Mnemosyne – bererti berfikir masak-masak -- yang berkedudukan sebanding dengan dewa cinta dan kecantikan.

Sejumlah strategi ingatan dirancang oleh negarawan Yunani dan Romawi pada masa itu untuk membantu mereka mengingat sejumlah besar informasi, untuk membuat pendengar terkesan saat mereka berpidato atau berdebat di Senat. Dewasa ini, kata mnemonik mengacu pada teknik-teknik pemacu ingatan secara umum.

Pelbagai Teknik Dalam Kaedah Mnemonik Dalam Meningkatkan Daya Ingat

Ramai mula menyedari bahwa ketika mereka menerapkan teknik mnemonik untuk mengingat sesuatu, proses ingatan akan lebih mudah. Mnemonik selalu menggunakan prinsip asosiasi, iaitu informasi yang diingat dikaitkan dengan informasi yang lain yang mudah dingat. Antara teknik mnemonik yang biasa digunakan:

1. Kaedah loci
2. Sistem kata kunci
3. Teknik menghubungkan
4. Teknik akronim dan Teknik akrostik

Disunting daripada www.e-dukasi.net

Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Kaedah Mnemonik

Kaedah Mmemonik banyak digunakan semasa proses pembelajaran di dalam pelbagai subjek seperti matematik, sains dan sejarah. Namun penggunaan kaedah ini untuk mengukuhkan penguasaan Bahasa Arab secara sistematik amat jarang didengar, malah mungkin belum dilakukan lagi.

Melalui percubaan yang telah dilakukan terhadap pelajar - pelajar lemah penguasaan Bahasa Arab peringkat menengah rendah dan terhadap sekumpulan pelajar menengah atas yang tidak pernah mempelajari Bahasa Arab, penggunaan kaedah ini dapat membantu mereka mengingati dan menggunakan kalimah arab dengan mudah dan pantas.

Dalam tempoh 2 tahun tersebut, di dapati pelajar yang mampu menguasai subjek lain tetapi lemah Bahasa Arab, adalah berpunca daripada kegagalan menggunakan kaedah yang sesuai yang dapat membantu mereka.

Pembelajaran Bahasa Arab akan lebih diminati dan mudah dikuasai sekiranya para pelajar didedahkan dengan kaedah yang sesuai dan praktikal.

07 August 2008

KURSUS 2 HARI BAHASA ARAB PMR

DENGAN KAEDAH MNEMONIK
Untuk Ting.2 & Calon PMR
- Cara Baru & Menarik
- Cepat Ingat Mufradat
- Digunakan Berterusan
- Tip jawab PMR BAK
23 & 24 Ogos 08 ( 8.00pg– 6.00ptg )
Pusat Latihan, Sek. 9,
Bandar Baru Bangi
Makan/minum disediakan (pagi/t'hari/petang).
Terhad Untuk 30 pelajar Sahaja.
Yuran : RM 85.00 ( 2 hari)
SMS : 017- 3521340

06 August 2008

Tak Tahu Bahasa Arab Tak Boleh Masuk Syurga

Pagi tadi saya ikuti kuliah Master Prof. Dr. Tengku Ghani... Beliau bercerita... katanya beliau telah berkatanya kepada seseorang...

"jika tak tahu Bahasa Arab tak boleh masuk syurga..sebab bahasa ahli syurga Bahasa Arab.."

Orang tu tak setuju dan mempertikaikan.. "yeke...? Habis, ramailah orang yang tak boleh masuk syurga..sebab dorang tak tahu Bahasa Arab..."

Jawab Dr. Tengku Ghani... " Habis yang awak baca 17 kali Al-Fatihah dalam solat tu bahasa apa?... kalau awak tak tahu baca, maknanya awak tak solat lah... ".

"Kalau tak solat...ada boleh masuk syurga??" tanya beliau...

05 August 2008

Bahasa Arab Itu Penting Ke?

Assalamualaikum...

Saya rasa jika nak dijelaskan tentang betapa pentingnya Bahasa Arab, secara pastinya hampir semua orang yang bergelar muslim & mukmin sudah tahu, faham dan mengakui kepentingannya.. masakan tidak, setiap hari kita menggunakan Bahasa Arab.. mula buka mata sehingga tutup kembali mata kita akan menggunakan Bahasa Arab...

Cuba kita amati... berdoa dengan doa yang ma'sur, semua bacaan di dalam solat, membaca ayat - ayat Al-Quran, berzikir, berselawat, beri salam, jawab salam, mengucap ucapan - ucapan bersempena seperti innalillah, insya allah, nama - nama kebanyakan muslim, nama - nama bulan hijriyyah dan hampir semua yang berkaitan dengan ibadah adalah dalam Bahasa Arab.

Jika begitu, penting tak Bahasa Arab? Tak penting?..

Ada yang kata..: " Selama ini, saya baca Al-Quran, berdoa, berselawat, berzikir, solat dan macam2 ibadah sampai ke Mekah menunaikan haji...tak tahu Bahasa Arab pun... ok pun..."

"Oooo...patutlah... bila lihat orang baca Al-Quran atau ketika solat...tiba - tiba menangis, anda mencebikkan mulut yee... dan anda tak pernah pun terasa apa-apa kan ketika membaca Al-Quran dan solat..kan?"

"Time tok imam baca doa..panjang sikit..anda asyik lihat garis - garis urat kat tapak tangan, berkhayal entah kemana, main letup - letup jari.... kan?"

Sebab apa jadi begitu?.. sebab anda kata Bahasa Arab tak penting...kan??

29 May 2008

Mula bicara

Bismillahir Rahmanir Rahim... Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T, kerana hari ini bermulanya satu lagi langkah yang diambil untuk memeriahkan lagi dunia siber. Dengan adanya blog ini bolehlah dikongsi sedikit idea, maklumat, pandangan dan isu yang berasaskan kepada disiplin ilmu yang jujur dan amanah.

Disini akan dikumpulkan pandangan para ustaz, sahabat, rakan dan anak2 murid yang sentiasa dalam ingatan doa... Insyallah akan ada manfaat daripadanya..

Wallahu a'lam